Semut Hitam Berkumpul, Aphid Berumah
Pertama sekali,mari kita kenali Afid.
Afid merupakan antara serangga perosak yang paling membinasakan kepada tanaman di kawasan iklim sederhana.
Afid (bahasa Inggeris: Aphid) adalah sejenis serangga kecil daripada superfamili Aphidoidea yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap cecair dalam tumbuhan.Hal ini akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan membentuk mosaic.Pada masa yang sama,luka hasil sedutan cecair pada Afid menyebabkan permukaannya terdedah dengan jangkitan virus yang dibawa oleh vektor ini.
Kira-kira 4,400 spesies dalam 10 famili diketahui. Kira-kira 250 spesies merupakan perosak serius kepada pertanian dan perhutanan dan juga pekebun. Panjang afid berbeza-beza daripada 1 hingga 10 milimeter (0.04 hingga 0.39 inci).
Adakah Afid mempunyai musuh semulajadi?
Afid mempunyai musuh semulajadi iaitu kumbang kura-kura dan larva lalat.
Bahagian serangan
Bahagian Serangan Afid pada tumbuhan iaitu di daun, bunga dan buah muda.
Apakah simptomnya?
Daun akan menjadi kerekot,bunga gugur dan buah terbantut.
Faktor yang menyebabkan afid mengeluarkan sejumlah besar telurnya
Tabiat pembiakan afid akan mengeluarkan sejumlah besar bilangan besar telurnya dan tersisip rapi di dalam jaringan daun. Pembiakan serangga afid merupakan vektor kepada virus yang menyebabkan pokok cili di kebun terencat.
Mengapa semut hitam berkumpul bersama afid?
Kerana ini adalah simbiosis mutualisme.
“Simbiosis mutualisme? Apa tu?”
SIMBOSIS
Simbiosis adalah interaksi rapat dan kerap jangka panjang antara kedua-dua spesies biologi yang berbeza.
MUTUALISME
Mutualisme membawa maksud hubungan antara individu-individu daripada spesis yang berbeza di mana kedua-dua individu mendapat menfaat.
Semut yang datang pada tanaman kita akan bekerjasama dengan serangga kecil seperti Afid bagi memperoleh manfaat.
Buktinya,..
Afid merupakan serangga yang tidak mampu terbang dan sangat kecil.Jadi semut lah yang akan melindungi dan membantu Afid bergerak ke semua bahagian pokok. Sebagai tukaran, hasil rembesan buangan Afid yang manis akan diambil oleh semut sebagai makanannya.
Pendek kata, disebabkan adanya semut pokok akan terjejas kerana afid menyedut cairan pokok. Hal inilah yang menyebabkan menjadi kerinting dan kerekot.
“Jika serangan ini berjaya dikesan pada peringkat awal, adakah pokok dapat diselamatkan daripada jangkitan virus?”
Persoalan ini kerap ditanya.
Jawapannya..
Pokok masih dapat diselamatkan dengan membuat kawalan dan rawatan menggunakan racun untuk mengawal afid dan semut. Paling baik guna racun organik. Selamat.