“Bawah Daun Akak Ada Putih-Putih”, Cara Organik Buat Bena Insaf

“Bawah daun pokok akak ada putih-putih”.

“Macam mana nak buat ya?”

Ini antara soalan top paling ditanya orang ramai. Naik muak jawab.

Selalunya, dalam mencari racun, cara paling tepat adalah dengan kenal pasti punca penyakit pada sesuatu tanaman. Kami dah dok ulang-ulang benda ni beribu kali. Analoginya, kalau kita sakit nak beli ubat, kata kita batuk, belilah ubat batuk, jangan dibeli ubat selesema, memanglah tak jalan.

Itu yang ada cakap tu,

“Akak dah guna racun X, racun Y, kenapa tak jalan ek?.”

Memanglah tak jalan, dah sakit lain, dibagi ubat lain. Mana nak sembuh. Sebab itu penting tahu punca penyakit. Nanti ada pula tanya, “saya tak tahulah penyakit apa ni”. Adui, hahahaha…

Mudah je, anda cari di internet selalu akan tahu puncanya nanti. Contoh pokok cili keriting, carilah di internet pokok cili kerinting, baca-baca akan tahu punya punca.

——————————————————————————————-

PUTIH-PUTIH BAWAH DAUN

Jika masih tak tahu punca, tengok tandanya. Cari tanda di internet, seperti putih-putih bawah daun, memang dapat jawapannya. Macam ini kes akak ni, kemungkinan besar serangan serangga bena putih. Bena.

Kadang orang panggil white flyies, orang kampung panggil kutu. Sama saja. Kalau pening sangat kadang kala boleh juga orang cakap hama, hamama, aphid. Sebenarnya spesisnya lain. Tapi, ini semua serangga. Kebiasaannya berumah di bawah daun. Ubatnya sama saja untuk konsep organik. Itulah kelebihan organik, biasanya kebanyakan bahan sama boleh guna untuk pelbagai jenis serangga, berbeza dengan kimia. Bahan aktif kimia perlu sesuai dengan jenis spesifik serangga, kalau tak, tak jalan. Itu pun taksub lagi dengan sintetik kimia, tak tahulah.

Berbalik kepada bena putih tadi, jika seperti bertompok-tompok dan berompol-rompol putih dipokok, itu kerja merekalah tu. Bena ini akan menganggu jaringan daun, menyebabkan pokok akan layu akhirnya kerana adanya jelaga hitam yang akan mengusik proses fotosintesis pokok.

——————————————————————————————-

Cara mengatasinya secara organik, mula-mula, buang mana-mana bahagian yang terkena kalau boleh.  Kemudian, sembur racun organik secara berkala. 3-4 hari 1x, jika hujan, ulang semburan. Akan sembuh. Untuk yang berskala kecil, keadah ini dah cukup. Penggunaan racun organik bukan untuk membunuh, tetapi untuk penggawalan dan pencegahan saja.

Di Hijau Khidir, kami sarankan produk seperti cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Semua ini kami ada sediakan di kedai kami. Diingatkan juga, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja. Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.

Bagi yang menanam besar-besar, kawalan tambahan seperti pelekat kuning, penanam taim sekitar kebun dan penggunaan ladybugs boleh juga diaplikasikan. Terserahlah ikut budget masing-masing.

————————————————————————————————–

RACUN KIMIA PUNCA KANSER

Soalnya kenapa perlu guna organik? Kami dulu pun guna kimia juga. Cakaplah racun apa semua kami dah pakai, deltametrin, cypermethrin, malathion, furadan, cakap je apa.

Lepas kejadian kenalan kami kena kanser, kami jadi takut, itu yang duduk fikir, akhirnya kami tukar ke organik.

Pesan kepada para penanam.

Nak bertani bukan senang, dari benih ke buah. Ada juga nak ambik jalan pintas. Ada yang guna racun haram. Racun jenis serapan dari luar. Racun ini bukan serangga je mati, manusia pun mati. Patutlah ramai orang kena kanser sekarang, dahlah tanpa sedar.

Awak promote makan sayur, makan buah, sihat utk badan. Tapi awak guna racun terlarang.
Ada pula pakai racun kimia diiktiraf. Bagus dah… Siap ada cop disahkan selamat… Sekali larangan tuaian hasil tak ikut. Pakai redah je. Baju untuk semburan tak pakai. Tunggu masa je bang jadi macam kawan saya tadi. Lepas tu nak sembang SOP aku power, baja aku power. Pokok aku jadi, pokok aku subur, buah banyak. Memang la sembang kencang, kau guna racun haram.

Marilah bertukar ke organik. Nak belajar menanam secara organik? Jengok kami di Facebook Hijau Khidir. Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Kalau kat luar, pergi kursus beribu boleh habis. 

Jika mahu baca banyak pembacaan organik, boleh terus ke laman web kami di www.hijaukhidir.com.my

 

Ringkasan infografik:

rawat bena putih white flies kutu hama

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search