Khas Untuk Penanam Sayur, Rahsia Sayur Lebat

Jika anda suka menanam sayur, ini untuk anda.

Kebanyakan orang akan mula pening bila melibatkan pemilihan baja.

“Baja apa nak pakai ni” katanya.

Kami dah menulis beberapa kali, mari kami tolong ulang sekali lagi.

Pemilihan baja paling mudah adalah mengikut fasa pokok. Umumnya, fasa tanaman ada 2, iaitu vegetatif ketika permulaan dan generatif ketika pertengahan dan hujung. Bahasa mudah orang kampung, vegetatif ialah fasa pendaunan, generatif fasa pembungaan dan pembuahaan.

Namun, untuk kes penanaman sayuran dan tuaian dedaun seperti bayam, kobis, kailan, sawi dan sebagainya, fasa generatif juga adalah vegetatif. Oleh kerana, fasa generatif adalah fasa dimana pembuahan dan pembungaan berlaku. Sebab itu, jenis sayuran hanya ada vegetitif saja. Kerana hasil yang hendak dituai adalah dedaun.

VEGETATIF & PEMBAJAAN ORGANIK

Jika lihat dari sudut kajian saintis, fasa vegetatif, pokok memerlukan paling banyak unsur N, nitrogen.

Nitrogen mampu membuatkan pokok menghasilkan dedaun yang besar, gemuk, lebat, hijau dan tebal.

Jadi dah tahu anda tanam sayuran, carilah baja berunsur N. InsyaAllah berhasil.

“Baja apa yang ada N” dia tanya pulak lagi.

Dari sisi organik, sumber ini boleh diperoleh dalam nasi, kopi, blood meal dan juga sisa buangan manusia, terutama air kencing. Dipasaran banyak pilihan, lazimnya diberi nama baja daun.

 

Ringkasan infografik:

vegetatif dan pembajaan organik

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search