“Sayur Mak Cik Tak Rimbun La”, Rahsia Sayur Lebat
Tempoh hari kami ke Pasar Pagi. Jalan-jalan sekeliling, sambil lawat sahabat kami disana.
Memang kami ada sahabat berniaga di sana. Biasannya mereka ni ada ladang sendiri. Senang, dari kebun masuk terus ke pasar, senang, terus ke pelanggan akhir, untung lebih. Kalau jual kepada pemborong, selalu kena main harga.
Sambil kami tengok-tengok harga sayur, sahabat kami ni menyembang.
“Hari tu aku tengah menjual, ada seorang makcik ni sapa aku.”
“Dik, ni kebun adik punya ke?”
“Akak nak tanya, untuk jenis sayuran ni, baja jenis baca mana sesuai?”
“Pasal acik tengok sayuran dik sego sego”
Kata sahabat kami dia pun jawab ala kadar je la, malas nak layan.
————————————————————————–
Rahsia Sayur Lebat
Kami ada jelaskan banyak kali juga sebelum ini, fasa tanaman umumnya ada 2 iaitu fasa vegetatif, dan fasa generatif.
Cuma kes khas, untuk kes jenis tuaian dedaun dan sayuran. Dia lain sikit. Sayuran ini ada 1 fasa saja. Iaitu vegetatif. Ini kerana proses generatif untuk tuaian daun juga adalah vegetatif.
Kita boleh dapat lihat contoh yang banyak seperti bayam, sawi, salad, daun pandan, serai, kailan, kubis dan lain-lain. Semua ini hanya vegetatif.
Jadi, tak perlulah pening kepala nak pilih baja ikut pek cantik ke, bahan apa ke. Kalau ada tulis baja untuk daun atau unsur Nitrogen (N) tu, ianya sesuai untuk jenis sayuran dan tuaian daun. Lagi-lagi jika anda gunakan baja organik, yang kebanyakan sudah lengkap dengan pelbagai unsur tambahan didalamnya.
Nitrogen ini bukan hanya sesuai untuk jenis dedaun, tetapi ianya akan membesarkan, menggemukkan, melebatkan, menghijaukan dan menebalkan. Itulah tipsnya, daun yang terhasil untuk tuaian akan berat, gemuk, lebat, hijau dan tebal. Pastikan petani kalau tuai akan suka, sayurnya berat, lebat, banyaklah duit boleh diperoleh.
Ringkasan infografik: