“Mak Cik Peninglah Pilih Baja”, Cara Mudah Pilih Baja
Jumaat lepas kami ada turun ke plot pertanian kawan kami di Selangor. On the way balik, duduk jap dekat pondok. Sembang-sembang.
Sekali ada seorang mak cik datang, nak beli hasil sayur sikit katannya. Nak buat bahan mentah meniaga. Kami pun sapa menyapa. Masuk pulak ke topik tanam menanam ni.
“Adik menanam namam banyak ni, boleh share sikit tak pasal baja?”
“Mak cik bukan apa, pening la macam mana nak pilih baja”
Ujarnya muka semangat nak bersembang.
“Pasal mak cik ada tanam juga depan-depan rumah, pokok buah sikit, sayur sikit”
Kami pun ceritalah sikit konsep asas baja ni kat mak cik, entahlah dia faham ke tak.
……..
Tak kiralah baja sintetik atau organik. Konsepnya mudah kalau kita faham.
Mudah cerita, pemberian baja paling senang diberi ikut tahapan dan fasa pokok. Amnya ada 2, vegetatif dan generatif. Setiap pokok berbeza fasa jangka masa untuk vegetatif dan generatif. Contoh, pokok cili vegetatif pada bawah 4 minggu selepas ditanam, 5 minggu ke atas dia sudah masuk generatif.
“Vegetatif tu apa dik?” kata Mak cik ni tadi.
Vegetatif, dimana pokok perlu unsur nitrogen (N). Mudah nak faham untuk pendaunan.
Generatif, dimana pokok perlu unsur phosphorus (P) dan potassium (K) untuk pengakaran dan pembuahan.
Dia sebenarnya kompleks lagi, tapi nak mudah cerita orang awam faham ini sudah cukup.
……..
Ringkasnya, kita kena tahu bila fasa pokok kita vegetatif, bila generatif, kerana setiap tanaman lain waktunya.
Apabila nak beli baja itu, awal-awal tu berilah yang berunsur Nitrogen (N), yang berunsur nutrisi daun. Orang orang kampung panggil baja daun.
Bila dah hujung-hujung tu, nak tuai hasil, lebihkan unsur Phosphorus (P) dan Potassium (K), yang berunsur nutrisi akar dan buah. Kadang orang panggil baja buah.
Itu saja tips hari ini, mohon jengok kami di Facebook Hijau Khidir. Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Kami ada juga menyediakan input-input pertanian organik. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Kami anti racun kimia, sedang berusaha bebas baja sintetik. Pasal dulu kami jugak guna kimia kimia ni, lepas ada kenalan kami kena kanser, kami jadi tersentak. Itu yang kami mula ber ‘ORGANIK’.
Jika mahu baca banyak pembacaan organik, boleh terus ke laman web kami di www.hijaukhidir.com.my, disana kami ada menulis banyak artikel artikel berkaitan pertanian organik.
(gambar tiada kena mengena)
Rujukan infografik tambahan: