“Semuanya Bermula Dengan Tanah”, Asas Teori Pertanian Organik

“Akak kerja office, tapi akak minat menamam-naman ni.”

“Balik balik office tu, terus tengok pokok, sejuk rasa.”

“Ada tips tak untuk yang baru nak mula konsep organik ni?”

Ini antara dialog yang kami sering kami terima. Semuanya lazim nak guna organik sebagai konsep asas. Sedia maklum sintetik kimia ni memang berbahaya.

Pengalaman kami tanam pada skala besar, petani yang guna kimia ni tak terkawal. Yelah, mana ada penguatkuasa dalam kebun, ada nampak polis masuk kebun?, itu yang pakai racun haram Thailand tu. Racun haram ini jenis menyerap ke hasil, bukan ada kelulusan. Orang fikir, oh aku makan buah, makan sayur sihat… Padahal dia tak tahu petani jenis ni pikir duit je. Bagi orang makan racun! Tup tup kena kanser, punca? Ko rasa dari mana?

Sebab itulah, sekarang ini penting keselamatan makanan. Macam mana?

Tanam sendiri. Setakat sayur nak tanam tu mudah sangat, sawi, salad, bayam, banyak lagi, semuanya mudah. Duduk flat pun boleh tanam sendiri.

Jadi berkaitan dengan tu, hari ini, kami nak kongsilah, asas utama dan terpenting dalam pertanian organik. Pasal tadi kata nak taman sendiri.

“Semuanya bermula dari TANAH”.

—————————————————————————————————————————

Asas terpenting dalam pertanian organik ialah Tanah. 

Inilah teori Bapa Pertanian Organik Korea, Dr. Cho Han Kyu, setelah kami sendiri kaji, turun ke lapangan sendiri , memang betul. Kami 100% setuju dengan falsafah ini.

Tanah yang sihat akan menghasilkan pokok yang berkualiti. Tanah perlu disihatkan dengan pemberian unsur udara, air dan nutrisi baja mencukupi. Jika tanah sihat, pokok akan automatik kebal daripada penyakit dan serangan serangga.

Bahkan, kajian saintifik juga menyebutkan mengenai cara asal pokok mengambil nutrisi untuk survival mereka. Asalnya pokok mengambil nutrisi yang berada dalam tanah. Pemberian bahan-bahan organik seperti kompos, sisa tinja, sisa dapur semuanya akan menambah nutrisi dalam tanah. Sebab itu bila tanah elok, pokok elok. Dari kajian inilah, saintis telah kenalpasti unsur apa, kemudian mereka ekstrak secara kimia di makmal. Maka terlahirlah baja sintetik kimia dengan unsur tadi.

Tapi kita jangan ambil jalan pintas, jom kita kembali dengan organik. Tak susah pun.

Jika anda nak fahami lanjut mengenai pertanian organik. Kamilah rujukannya. Boleh ke Facebook Hijau Khidir atau laman web kami di www.hijaukhidir.com.my . Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar. Pengkhususan dan bidang kami adalah organik. Menarik sebenarnya, banyak main dengan mikrobes dan bioteknologi.

Juga kami ada menyediakan produk input-input pertanian organik. Milikan penuh Bumiputera. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Anda sokong dengan membeli, boleh kami share lagi banyak info mengenai pertanian organik di masa hadapan.

 

Ringkasan infografik:

konsep asas teori pertanian organik hijau khidir

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search