“Tutup Bagi Subur”, Kaedah Organik Sungkupan Tanah

Pada tahun 2019, ketika kami mula menceburi bidang pertanian. Kami telah menghadiri kursus berkaitan pertanian organik dianjurkan syarikat swasta. Antara elemen yang dikongsikan dalam kursus itu adalah mengenai topik sungkupan.

contoh sungkupan tanah

“Sungkupan ini penting untuk pembiakan mikrobes dan pelembapan tanah”. ujar pakar disitu.

Dalam English dipanggil sebagai mulching.

“Manfaatnya banyak, dengan kaedah ini, bukan tanah saja jadi subur, kerja pengurusan rumpai contohnya, juga dapat dikurangkan.” katanya.

Yelah, apabila ditutup tanah dengan unsur-unsur bergini. Lalang-lalang liar sukar untuk tumbuh kerana berada dalam tekanan. Juga air dan baja juga dapat dijimatkan kerana. Lalang-lalang ini sebenarnya mencuri nutrisi air dan baja tadi dari tumbuhan asal yang kita mahu tanam tadi.

Sungkupan paling mudah ikut pengalaman kami guna silvershine untuk budget poket kecil. Kalau besar sikit boleh beli weedmat, kerana lebih tahan lasak.

Ada pula hari, Khamis lepas rasa, kawan kami mengadu.

“Aku tak cukup budget la, ada tak pilihan lain” ujarnya.

“Miskin betul kau ni, silvershine tu baru RM20 je, boleh buka banyak tu.” kami balas bergurau.

Taklah. Ada juga pilihan lain jika nak betul betul guna RM0.

“Kau cari kotak terpakai, atau, sabut kelapa terguna, atau jerami padi, atau habuk kayu, atau, surat khabar lama, atau daun kering” balas kami.

Semua ini boleh pakai, dengan syarat.

  • Buang dulu semua lalang-lalang, bagi clear habis. Rawat tanah. Baru mula sungkup.
  • Sungkup bagi tebal. Nipis kedekut nanti lalang tumbuh juga, matlamatnya biar matahari tak tembus.

 

Paling mudah? Guna silvershine. Kurang sikit pening kepala. Bentang saja, nanti lalang automatik mati. Dah mati, buka, sembur dengan semburan rawat tanah. Kemudian tutup lagi. Cukup masa, boleh masuk anak pokok.

 

Ringkasan infografik:

Sungkupan Organik

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search