“Pak Cik Beli Mahal Ni, Apasal Tak Jadi?”: Baja Mahal, Orang Bodoh

“Pak Cik beli mahal, apasal tak jadi ek?”

Ini antara jenis orang yang membaca malas, mengkaji malas. Jenis nak beli terus tabur je.

Lagi teruk selalu yang jenis ni macam ni jenis beli produk murah, lepas tu nak kalau boleh pokok tumbuh macam dah tanam 20 tahun. Hahaha…

Jadi, hari ini kami nak kongsikan sedikit mengenai fasa pokok dan pembajaan. Kalau dah tahu tips ni, beli baja murah, kalau kena fasanya pun dah ok.  Analoginya macam ubat. Kalau kita batuk beli ubat batuk, jangan beli ubat selesema. Dah tu, mana nak jadinya, lepas tu bising. Macam pak cik tadi la.

——————————————————————————————————-

Fasa Pokok dan Pembajaan Organik

Nak mudah cerita, untuk fasa pertumbuhan pokok, kita bahagikan ikut 2.

2 fasa. Kenapa? Kerana kita pecahkan ikut nutrisi pembajaan pokok N P K. Saintis dah kaji dan terbukti, pokok memerlukan 3 unsur utama, dan 10 unsur tambahan untuk hidup.

Kita sepatutnya beri baja bersesuaian dengan fasa pertumbuhan pokok.

Ketika fasa permulaan (vegetatif) kita perlu lebihkan baja organik yang berunsur Nitrogen N. Ketika pertengahan dan hujung-hujung (generatif), berikan baja organik berunsur Phosphorus P dan Potassium K.

Semua ini bergantung kepada pokok. Setiap pokok lain-lain tempoh fasanya.

Macam pokok cili, minggu 1 – 4, pokok dalam fasa vegetatif, jadi berikan baja berunsur Nitrogen (N). Selepas minggu ke 4 sehingga habis musim, pokok dalam fasa generatif, unsur P dan K perlu diutamakan.

Ini contohlah, anda tanam apa, pokok apa, anda kaji sendiri fasanya. Dari situ baru kita mudah untuk beri baja berunsur apa.

Juga, maklum bahawa baja organik rendah unsurnya, jadi penting untuk pelbagaikan sumber baja. Kerana bahagian baja sangat tricky, terutama orang baru nak masuk dunia organik ini. Jika hasil dilihat tidak memberangsangkan, nilai kemungkinan untuk guna bersama baja sintetik kimia. Baja kimia masih ok, cuma jangan sentuh racun kimia, racun kimia penyebab kanser.

Dengan aplikasikan teknik ini sebenarnya, kos pembajaan dapat dijimatkan terutamanya jika anda tanam pada skala besar. Kesalahan pemilihan unsur hanya akan merugikan penanam itu sendiri.

Ringkasan infografik:

vegetatif n generatif

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search