“Aku Kena Kanser!” Luahan Hati Seorang Petani

Sepanjang kami berkecimpung dalam pertanian. Ini antara yang paling sedih. Kenalan kami, seorang penanam nenas, memang fulltime. Rajin orangnya.

Asalnya dulu kerja office, bila mula stress, kata nak cuba jadi petani. Dia pergi kursus. Buat awal-awal dulu pun bukan jadi. Lepas beberapa musim baru nampak hasil. Itu pun sebab tak putus asa, baru jadi. Masuk tahun kelima. Dia ada call kami satu hari.

“Kau dekat mana, aku nak jumpa boleh, ada benda nak cakap” ujarnya.

Kami ok saja. Ingat macam hari-hari biasa, pasal tanaman nenas pun dah ok, dah stable.

Jumpa di kedai kopi je, kami datang awal, order dulu kopi, nak buat minum. 10 minit lepas tu, kawan kami datang. Muka sedih. Kami nampak dari jauh.

“Kau apa khabar” tanyanya.

“Eh alhamdullilah, sihat macam biasa.” kami jawab.

“Ko ok tak, order minum dulu” kami balas lagi.

Dah duduk, minum sekejap dia segah.

————————————————————————————————–

“Aku sebenarnya tak sihat.”

“Hari tu aku pergi hospital, pasal tak surut”

“Mula ingat sakit biasa”

“Lepas update last, doktor tengok buat test”

“Kelmarin aku pergi checkup lagi, dia beritahu aku kena kanser”

Kami terdiam terus.

“Allahhu…Ko ok tak” tanya kami nak sedap hati je.

“Ini dah kawal emosi ok sikit, dah macam redha, insyaallah aku cuba ubat.”

“Aku nak tanya dengan pakar lain, tengok macam mana” katanya sedih.

Sumpah kami terkejut. Terus tak lalu nak hirup kopi.

Kawan kami ni boleh kata lepas jadi petani, memang seharian di kebun saja. Selain, kalau nak pasar hasil itu lain la. Tapi, hari-hari biasa biasanya di kebun.

————————————————————————————————–

Malam tu, kami balik, kami jadi tak boleh tidur, fikir, mana datangnya.

Lepas tu zapp, sentak dalam hati, “eh, duduk kebun je, sebab racun ke.”

Kami syak ini puncanya, terus kami call dia malam tu dia bagitahu.

“Kau selalu meracun macam mana?”, kami tanya dalam call.

Lepas soal-soal, lagi kami tambah yakin.

————————————————————————————————–

RACUN KIMIA PUNCA KANSER

Inilah detik kami berubah dari pengguna kimia tegar ke organik. Cakaplah racun apa semua kami dah pakai, deltametrin, cypermethrin, malathion, furadan, cakap je apa.

Lepas kejadian, kami jadi takut, itu yang duduk fikir, akhirnya kami tukar ke organik.

Pesan kepada para penanam.

Nak bertani bukan senang, dari benih ke buah. Ada juga nak ambik jalan pintas. Ada yang guna racun haram. Racun jenis serapan dari luar. Racun ini bukan serangga je mati, manusia pun mati. Patutlah ramai orang kena kanser sekarang, dah lah tanpa sedar.

Awak promote makan sayur, makan buah, sihat utk badan. Tapi awak guna racun terlarang.
Ada pula pakai racun kimia diiktiraf. Bagus dah… Siap ada cop disahkan selamat… Sekali larangan tuaian hasil tak ikut. Pakai redah je. Baju untuk semburan tak pakai. Tunggu masa je bang jadi macam kawan saya tadi. Lepas tu nak sembang SOP aku power, baja aku power. Pokok aku jadi, pokok aku subur, buah banyak.

Marilah bertukar ke organik, tak susah pun. Sihat badan, sihat pemakanan. Nak belajar menanam secara organik? Jengok kami di Facebook Hijau Khidir. Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Kalau kat luar, pergi kursus beribu boleh habis. Kami juga menyediakan input-input pertanian organik. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Pasal dulu kami jugak guna kimia kimia ni, lepas ada kes kenalan tu, terus insaf. Itu yang kami mula ber ‘ORGANIK’.

Jika mahu baca banyak pembacaan organik, boleh terus ke laman web kami di www.hijaukhidir.com.my, disana kami ada menulis banyak artikel artikel berkaitan pertanian organik.

 

Ringkasan infografik:

kempen racun organik

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search