Potensi Rockmelon, Kongsi Kisah Pemandu Lori 5 Angka Sebulan
Siapa cakap bahawa bergelar usahawan tani itu mudah? Kerugian akibat faktor luaran seperti cuaca dan serangan penyakit, lambakan hasil tanaman merupakan antara cabaran dalam pertanian di sebalik pendapatan lumayan yang dijana hasil daripada berbudi kepada tanah.
Kali ini kami ingin berkongsi dapatan bacaan kami di salah sebuah akhbar tempatan.
Kisah mengenai seorang bekas pemandu lori, yang keluar daripada kepompong petani konvensional iaitu tanam, tunggu, tuai dan tinggal kepada mengusahakan tanaman rock melon (tembikai wangi) secara fertigasi terbuka.
“Pengalaman beberapa kali gagal dalam tanaman yang diusahakan membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih jenis tanaman yang ingin diusahakan.” katanya memetik kembali akbar sumber.
Dia berkongsi kisahnya bersusah payah ketika mula-mula dulu. ” Kini saya akhirnya bangun kembali dan terus gigih mengumpul kekuatan serta menimba seberapa banyak ilmu pertanian dengan menghadiri kursus yang dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian.”
MODAL PERMULAAN TANAMAN ROCKMELON
“Dengan modal permulaan sebanyak RM40,000, saya meneruskan tanaman rock melon jenis Sukata F1 Glamour dari Jepun.”ujarnya.
“Tanah dan baja untuk semaian pula saya peroleh dari Jerman.”
Selepas hampir enam tahun, hasil tanaman rock melon yang diusahakan dengan bantuan FAMA di tanah seluas 3.2 hektar berjaya menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan.
Buah yang sudah matang selepas ditanam 70 hari boleh dituai apabila tahap kemanisannya melebihi 12 brix.
Ketika ini, berat buah melebihi dua kilogram (kg) untuk dikelaskan sebagai Gred A manakala kurang dari 1.5 kg dimasukkan dalam kategori Gred B.
“Agak-agak berapa tan buah rock melon boleh dihasilkan setahun?”
Kebun saya mampu menghasilkan antara 60 hingga 100 tan setahun bergantung kepada keadaan cuaca dan pekerja bagi menampung permintaan domestik.
Hasil pengeluarannya akan diambil FAMA dan pemborong tempatan pada harga RM3.70 sekilogram, manakala harga runcit pasaran tempatan kini mampu mencecah RM8 sekilogram.
Selain itu, saya menetapkan sasaran untuk memasuki pasaran Dubai selewat-lewatnya awal tahun depan berikutan terdapat permintaan tinggi dari negara terbabit.