“Habis Berlubang Buah Kena Makan”, Panduan Organik Cegah Lalat Buah

atasi fruit flies racun organik

“HABIS SEMUA BERLUBANG KENA”, ANGKARA LALAT BUAH DURJANA
.
“Tuan minta tolong.”
..
“Saya ada tanam sikit-sikit depan rumah”
“Tengah elok berbuah”
..
“Habis semua berlubang kena”
..
Katanya, ada menanam buah naga. Baru nak cuba-cuba market katanya.
..
Lepas dia beri kami lihat beberapa gambar, mungkin ini perbuatan durjana fruit flies.
..

LALAT BUAH DURJANA LUBANG
.
Di luar orang panggil fruit flies.
Spesis lalat buah ini agak istimewa. Kerana lalat buah ini tidak menyerang pucuk ataupun daun.
..
Juga, hanya lalat buah betina yang akan menyerang buah.
Ketika bunting, lalat buah ini akan mencari kawasan buah untuk bertelur. Ianya akan menebuk permukaan kemudian bertelur di dalamnya.
..
Telur ini akan menetas dan kemudian memakan buah dari dalam. Hasilnya, buah akan menjadi lopong dan kosong.
Seekor lalat mungkin akan bertelur banyak bukan satu.
Telur yang membesar elok ini kemudian akan beranak pinak lagi dan meneruskan kitaran hidup. Membanyakkan koloni sejenisnya, dan menyerang sekitar kebun dan laman anda.
Telur lalat buah ini boleh juga masuk ke dalam tanah dan merosakkan akar dari bawah.
..

CARA ORGANIK ATASI FRUIT FLIES LALAT BUAH
.
Mudah saja, tidak perlu sebarang racun sintetik kimia pun.
..
Pertama sekali, perangkap lalat buah. Cari saja di pasaran banyak dan bermacam jenis. Lalat buah akan tergelincir, terperangkap dan mati lemas perlahan-lahan.
..
Kedua, saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, semambu dan racun BT.
..
Aplikasikan kedua-dua kaedah ini, kerana jika hanya guna 1 cara, akan ada yang terlepas. Jika 1 ekor boleh beranak keturunan beribu lagi.
Tak akan berkesan.
..
Diingat, konsep penting dalam organik untuk tidak bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja. Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.
..
Gabungkan kedua-dua cara ini, pasang perangkap dan sembur racun organik saranan secara konsisten. Masalah pasti akan dapat diatasi.
..
Jom tukar ke organik.
..

DAKWAAN RACUN ORGANIK MAHAL?
.
Tak betul ini, bahkan jika anda hanya sedikit saja pintar, organik ini tidaklah mahal mana. Ada caranya.
Siap kalau jual dipasaran boleh dapat harga mahal lagi sebab guna kaedah pengeluaran secara organik.
..
Kami dah tulis kenapa organik lebih murah disini: https://hijaukhidir.com.my/2536/ala-organik-untuk-orang-kaya-racun-kimia-bocor-poket-vs-racun-organik/

 

Ringkasan infografik:

panduan atasi lalat buah fruit flies organik

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

1 Comment

  • ZAMRI BIN SAAD
    4 years ago Reply

    Terima kasih atas maklumat berguna dalam bertani. In sya Allah saya akan Cuba racun organic untuk bertani mulai sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search