“Pak Cik Peninglah Nak Pilih Racun”, Panduan Pilih Racun Organik

“Racun mana yang pakai ya?”

“Pak Cik peninglah nak pilih”

“Pasal banyak sangat jenis, tak tahu mana satu nak guna”

Ini antara respons yang ditanya acapkali. Lagi-lagi kita bermain dengan organik. Tapi sebelum itu, kenapa kita kena pilih organik untuk penanaman dan pertanian? Jawabnya senang saja.

Kenapa anda perlu pilih racun kimia? Sebab cepat… Berkesan? Atau senang?

Semua SALAH.

Kami pernah menanam dalam skala besar, jadi kami tahu.

Cakaplah racun apa, semua kami dah pakai, deltametrin, cypermethrin, malathion, furadan, cakap je apa. Pernah fikir kenapa ada tahapan I, II, III dan IV untuk racun kimia? Sebabnya dia tak berkesan, tak percaya anda cuba tanam skala besar untuk tempoh masa yang lama, anda akan dapati serangga akan mati pada musim pertama, musim berikutnya dia ajak member dia lagi ramai, lagi kuat, lagi kebal, lagi degil, lepas tu cuba sembur racun sama macam musim lepas, lut tak?

Tak lut bang. Yang mati akhirnya manusia, petani, penanam. Semua kena kanser. Masalah serangan serangga pada tanaman masih dan akan sentiasa ada. Sebab itu, cukup cukuplah, mari pilih organik.

————————————————————————————————–

“Tapi aku tak pandai lah.”

“Jadi ke guna organik ni?

“Susah la pakai organik ni.”

Kalau anda jenis manusia macam ni, berhentilah baca. Teruskan je pakai racun kimia tu. Kami cabar anda tengok 10 tahun lagi, ada kesan ke tidak kat badan, racun kimia yang tuan-tuan sayang sangat tu. Hari hari duk sembur.

Tak tahu. Belajar.

Panduan & Cara Pilih Racun Organik

Cara paling tepat dalam memilih racun organik adalah dengan melihat kepada punca penyakit.

Kita ambil contoh, pokok cili. Penyakit lazim seperti kerinting berpunca dari bawaan serangga. Iaitu thrip dan hama. Jadi racun organik yang paling sesuai ialah racun yang boleh mencegah thrip dan hama. Biasanya kami sarankan penanam untuk gunakan racun organik semambu, cuka kayu, bawang dan lain-lain.

Ada juga penyakit seperti antraknos, penyakit berpunca daripada kulat dan medium yang lembab. Untuk kes begini, racun organik perlulah mempunyai bahan yang boleh mencegah kulat. Saranan kami untuk kes begini seperti racun baking soda, cuka kayu, semambu dan lain-lain.

Kes-kes berpunca daripada serangan ulat dan kumbang, saranan kami gunakan mikrobes racun BT. Bacillus Thuringiensis. Jangan duk guna cuka kayu pulak, mana nak jalan.

Itu antara ringkasan mudah, poin penting adalah pilih racun organik sesuai dengan punca penyakit. Bukan pakai redah saja. Pasal banyak kes orang kurang pintar macam ni, lepas tu, bising kenapa racun tak jalan. Dah anda batuk, belilah ubat batuk, yang pergi beli ubat selesema tu apa pasal.

————————————————————————————————–

Nak bertani bukan senang, dari benih ke buah. Ada juga nak ambik jalan pintas. Ada yang guna racun haram. Racun jenis serapan dari luar. Racun ini bukan serangga je mati, manusia pun mati. Patutlah ramai orang kena kanser sekarang, dah lah tanpa sedar.

Awak promote makan sayur, makan buah, sihat utk badan. Tapi awak guna racun terlarang.
Ada pula pakai racun kimia diiktiraf. Bagus dah… Siap ada cop disahkan selamat… Sekali larangan tuaian hasil tak ikut. Pakai redah je. Baju untuk semburan tak pakai. Tunggu masa je bang jadi macam kawan saya, kena kanser. Lepas tu nak sembang SOP aku power, baja aku power. Pokok aku jadi, pokok aku subur, buah banyak.

Seruan bertukar ke organik. Jomlah, tak susah pun. Sihat badan, sihat pemakanan. Nak belajar menanam secara organik? Jengok kami di Facebook Hijau Khidir. Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Kalau kat luar, pergi kursus beribu boleh habis. Kami adalah jual input pertanian organik sikit-sikit sambil-sambil. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Pasal dulu kami pengguna tegar racun kimia ni, lepas ada kes kenalan tu kena kanser, terus insaf. Itu yang kami mula ber ‘ORGANIK’.

Jika mahu baca banyak pembacaan organik, boleh terus ke laman web kami di www.hijaukhidir.com.my, disana kami ada menulis banyak artikel artikel berkaitan pertanian organik.

 

Ringkasan infografik:

cara pilih racun organik

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search