“Pokok Abang Tumbang Dik, Sayang Tengah Berbuah”, P Unsur Pengakaran

Awal tahun lepas, sebelum covid semua ni, kami ada pergi bercuti ke Perlis. Kebetulan singgah sebentar ke rumah sepupu sepapat kami disana.

Masing-masing bertanya khabar. Perkembangan hidup. Sedap-sedap menyembang, dia ajak kami ke lamannya pusing-pusing. Rumah area kampung. Memang luas laman buat tanam pokok. Banyak juga ditanam, ada durian belanda, durian black thorn, harum manis, jambu batu.


Pusing-pusing, kemudian, dia berhenti.

“Pokok ni…”,

“Pokok abang tumbang dik, sayang tengah berbuah”,

“Lebat pulak tu”,

“Macam mana eh tak nak bagi benda macam ni jadi?”

..

Tumbang ini memang boleh terjadi, lagi-lagi musim ribut. Habis semua menyembah bumi.

Ada juga penanam yang jenis tak tengok dulu pokok masih kecil.

..

Kerja dia nak paksa buah je. Terus tabur baja kimia nak bagi bunga. Nak paksa bagi berbuah katanya. Sedangkan pokok masih baru. Masih belum matang. Batang masih kecil, masih belum kuat nak tampung beban.

Itu yang ranting boleh patah, batang boleh tumbang, akar boleh putus. Sebab itu, penting untuk tahu fasa pokok macam mana dan dimana.


APA ITU PHOSPHORUS?

Ini tak kurang penting semasa menanam. Sebab banyak yang beria jaga tanaman dari kecil, tapi bila dah berbuah, jadi macam ni. Mahu tak frust kawan tu.

Kadang-kadang sebab batang tak cukup kuat. Selalunya sebab akar tak cukup mantap. Tak cukup padu pegang tanah, sebab tu pokok tumbang bila kena tiup ribut. Di sinilah pentingnya unsur P atau Phosphorus bagi sesuatu tanaman. P adalah salah satu kompenen makronutrisi yang wajib cukup bagi pokok selain N dan K. Pemberian P akan melebat, mencabang dan mengguatkan akar.

SUMBER ORGANIK PHOSPHORUS

Jika anda mencari sumber bahan organik untuk unsur ini, antara yang sesuai ialah kompos, bone meal, rock phosphate, guano, kulit kerangan dan kulit timun dibakar. Ini antara yang bahan yang kami dapat kongsikan mengikut pengalaman.

Organik perlu pelbagaikan, tak boleh harapkan baja tunggal untuk menjadi. Sebab unsur nutrisi dalam sumber tak besar, bukan seperti baja sintetik kimia, jadi perlu semat benda ini dalam ingatan.

————————————————————————–
SERUAN BERTUKAR KE ORGANIK

Kalau teringin nak belajar penanaman secara organik, follow kami di Facebook Hijau Khidir untuk dapatkan teknik dan keadah organik berkesan.
Percuma je, banyak kami kongsikan konsep dan asas organik di sana, kalau pergi kursus luar sana beribu boleh habis.

Jika ada tanya kenapa perlu organik? Sebab untuk keselamatan makanan, zaman sekarang dah semakin serius, kebanyakan sumber makanan anda semua tercemar dengan racun kimia haram, konon anda makan sayur makan buah sihat, hakikatnya anda makan racun. Kami bagi anda satu contoh saja, tembikai. Geng ini bagi anda makan racun furadan. Kesan jangka panjang akan kena kanser. Mana pergi pihak berkuasa? Mana ada… Kartel ini bebas nak buat apa saja di ladang kerana mana ada penguatkuasa di sana, duit diutamakan, kesihatan diketepikan. Belum cerita geng cuci duit haram dalam bidang ini. Tanam sendiri paling selamat.

Ringkasan infografik:

akar punca pokok mudah tumbang

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search