“Apasal Pokok Aku Buah Sikit Ek, Kecil Pulak Tu”, Potassium Unsur Buah

baja untuk buah kecil

Benda ini bermain dalam hati kami. Mula-mula dulu, 3 tahun lepas.

Time tu masih baru sangat, kursus pun pergi, memang semangatlah. SOP dah follow semua.

“Apasal pokok aku buah sikit ek, kecil-kecil pulak tu.” monolog kami dalam hati.

Memang tak senang duduk. Malam duk fikir je. Yelah dah penat tanam, tunggu lama. Input dah banyak guna. Baja, racun semua nampak macam dah ok je. Rasa cukup dah bagi.

“Kalau hasil macam ni, macam mana nak untung, balik modal pun paras je”.

Bermain-main ungkapan ini dalam otak. Tapi itulah antara cabaran kami ketika mula-mula dulu.

Tak termenung je, kami terus whatsapp sifu kami di tempat kursus tempoh hari. Tinggal harapan.

Tak dibalasnya pulak, berhari tunggu, haha. Kami pun ikhtiar sendiri, cari bahan di internet.

——————————————————————————————-

Bila teringat balik kelakar pun ada. Tapi, yang penting jangan putus asa tu. Kalau datang masalah. Duduk, fikir dan cari penyelesaian.

POTASSIUM UNSUR BUAH

Sudah terbukti secara saintifik, tanaman memerlukan unsur K (Potassium) untuk fasa pembungaan dan pembuahan. K salah satu macro-nutrisi yang utama dan sangat diperlukan selain unsur N dan P. K juga berfungsi sebagai penggerak air dan gula dalam sistem tanaman. Sebab tu, kalau buah tak manis tu, lebihkanlah Potassium, insyaAllah manis nanti.

Unsur K ni, jika anda mahu mencari baja sintetik memang mudah. Berlambak dalam pasaran. Tapi jika anda nak berubah ke organik seperti kami, bahan-bahan semulajadi yang tinggi dengan K ini seperti tuna, salmon, pisang, kentang dan lain-lain.

Jadi jika anda ada masalah seperti kes kami diawal dulu, boleh usahakan cari baja organik yang tinggi unsur Potassium K.  Gerenti menjadi. Kalau anda nak beli dengan kami lagi bagus sebab kami ada produk khas untuk pembungaan dan pembuahan.

Juga, dulu kami ada share mengenai 3 teknik organik paksa buah, boleh lihat laman web kami atau di Facebook Hijau Khidir.

Ringkasan infografik:

baja unsur buah

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search