“Ada Banyak Ulat Beso-Beso Dekat Tanah”, Cara Organik Atasi Ulat
Kes ini pernah jadi kepada kami sendiri.
Kisahnya, ada orang bertanya kepada kami masalah dia. Katanya dalam mediumnya ada ulat banyak.
“Acik guna tanah sisa sawit, buat tanam.”
“Mula-mula tengok ok, lepas beberapa minggu tengok dalam tanah macam ada ulat la.”
“Ada banyak ulat beso-beso dekat tanah” katanya.
……………………………
SERANGAN ULAT PEMAKAN AKAR
Benda ini bukan baru, kami dulu pernah tanam betik, guna medium tanah, letak dalam beg sekejap. Sekali nah, tengok bergerombolan ulat-ulat dalam medium.
Ini biasanya dipanggil sebagai Grub oleh mat salleh. Banyak jenis juga, biasanya di Malaysia grub ni datang dari kumbang yang singgah bertelur. Dari telur menetas, jadilah benda ulat ini. Kalau anda tanam sawit, kumbang ini biasanya cukup suka bertelur dalam batang dan tanah sekeliling tanaman sawit.
Itulah asalnya datang ulat ini. Ada juga dari spesis rama-rama, tengok la dari mana serangga asalnya. Kalau kaki pancing suka ini buat umpan, kalau penanam macam teman ni, mahu tak menyumpah kawan tu.
……………………………
SOLUSI ORGANIK ULAT PEMAKAN AKAR
Masalah akan timbul sebab benda ini akan memakan akar tanaman. Bila dia makan akar, itu yang kadang-kadang pokok akan layu. Layu sesuatu tanaman juga banyak faktor. Selain berpunca dari kulat fusarium dan bakteria, serangan ulat pemakan akar ini juga boleh jadi puncanya.
Selalunya dia banyak itu yang kadang-kadang pening nak kutip buang satu-satu. Perlu ada racun untuk atasi masalah ini dengan segera. Jika anda cari alternatif sintetik kimia memang banyak dalam pasaran untuk bunuh. Cuma di Hijau Khidir kami ajar anda bagaimana nak cari solusi organik. Baru selamat makan.
Untuk organik, bahan yang boleh dimanfaatkan adalah BT. Bacillus Thuringiensis. Sejenis bakteria baik yang akan menyerang sistem badan grub atau ulat tadi. BT. ini tidak ada kesan kepada manusia. Jadi organik tak perlu risau. Di Hijau Khidir juga, kami sediakan racun organik ini, lepas habis baca nanti boleh singgah ke shopee kami.
————————————————————————–
SERUAN BERTUKAR KE ORGANIK
Jomlah, tak susah pun. Sihat badan, sihat pemakanan. Nak belajar menanam secara organik?
…
Singgah Facebook Hijau Khidir. Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Kat luar, pergi kursus organik beribu boleh habis.
…
Kami ada juga jual input pertanian organik sikit-sikit sambil-sambil. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Anda beli, bolehlah kami teruskan usaha mendidik masyarakat mengenai konsep organik ini. Pasal dekat negara kita parah dah penggunaan racun kimia secara tak terkawal. Ramai yang kena kanser tanpa sedar makan makanan berasaskan racun sintetik.
Jika mahu baca pembacaan lanjut, boleh terus ke laman web Hijau Khidir, di sana kami ada menulis banyak artikel berkaitan organik.
Ringkasan infografik: