“Pernah Cuba Organik, Tak Menjadi La” Panduan Bagi Organik Berkesan
“Saya pernah cuba guna organik.”
“Tapi, tak menjadi lah.”
Ini kenyataan-kenyataan orang yang lazim kami terima.
Komen kami, ada betul dan ada salahnya.
Dia macam ini, kalau jenis tak reti guna, betul apa yang dicakap itu.
Tapi, kalau anda mahir, merepek dan mitos saja itu. Rekaan kartel-kartel taukeh kilang kimia.
Pertama sekali, kena faham konsep asas dunia organik. Kebiasaannya, konsep asas pun ramai yang dah gagal. Hasilnya memanglah tak akan berkesan. Asas macam tiang, kalau tak ada tiang macam mana nak letak atap. Itu yang roboh.
Kalau konsep dan kaedahnya semua betul, tiada ruang lagi untuk mengapa anda tak bertukar ke organik dan masih menggunakan bahan sintetik kimia. Nanti ada pula cakap.
“Ala, cakap senanglah.”
Orang macam ni, tak payahlah teruskan baca.
Perjalanan jauh mulanya dengan langkah yang pertama, kata ahli falsafah cina.
Buktinya apa boleh aplikasikan organik ini? Anda lihat negara-negara luar, USA, Eropah, Jepun, kenapa negara ini boleh hasilkan produk berasaskan organik berskala besar? Siap eksport juta-juta lagi. Bagi kami alasan yang logik, kenapa mereka boleh kita tidak? Sebab itulah, kalau tak nak takpelah, teruskan penggunaan sintetik kimia tu, tiada siapa larang.
——————————————————————
PANDUAN BAGI ORGANIK MENJADI
Tak mudah. Tak susah. Sama saja macam penggunaan sintetik.
Pertama sekali, konsep asas kena kuasai. Bahagian yang perlu teliti mencakupi tanah, pembajaan organik yang tepat dan kawalan racun organik, penyakit serta serangga yang betul. Juga sistem penanaman. Tanaman giliran, tanaman regu, tanaman campuran. Banyak lagi komponen kecil yang bergerak. Semua ini akan membantu secara langsung untuk penanam organik yang berkesan.
Tipulah kalau tiada masalah, akan timbul masalah seperti penyakit, serangga, pekerja, pasaran. Semua ada. Nak dengan tak nak saja. Ala kalau buat guna kimia pun boleh jamin ke masalah-masalah ini tiada?
Realitinya, sama saja.
Guna kimia pun ada masalah, guna organik pun ada masalah.
Bezanya, organik sihat kurniaan Allah. Kimia, hang tunggu lagi 10-20 tahun tengok ada kesan tak kat tubuh badan.
Yang tak fahamnya, kenapa perlu pilih jalan yang membahayakan kesihatan jangka panjang, kalau ada pilihan yang lebih sihat yang lebih baik.
Juga, kos pengeluran akan lebih murah, ini betul tak tipu. Baja, racun organik sebenarnya lebih jimat. Cuma kena pandai saja. Cari dan kaji. Usaha sendiri kena lebih.
——————————————————————
KISAH DITIPU DAN BANGKIT MELALUI ORGANIK
Kami ada terbaca perkongsian kisah benar. Sekitar 5-6 tahun lepas.
Kisah bagaimana seorang petani baru yg ditipu. RM21,000. Lesap licin.
Budak baru nak bertani. Ada plk pihak ambik kesempatan. Sedar kena tipu, dia usahakan dapat modal sekitar beberapa ribu, dan buat semua sendiri dengan menggunakan sumber organik saja tanpa setitik baja kimia dan racun sintetik.
Ya, tiada langsung. Baja AB ke Yara ke, semua tak ada.
Yang ada hanya tahi kambing. Berbekal usaha dan tawakkal. Tanam terus ke tanah, tiada sistem, tiada apa. Cangkul dan kudrat.
Bila mari musim menuai hasil, pokok sihat molek tak berpenyakit, dapat collect lebih 1 tan lebih hasil. Senyum lebar kawan itu. Rezeki dia.
Cuma, janganlah pula kurang pintar. Kita dah ada ilmu organik, aplikasikanlah. Pasti menjadi jika kena caranya.