“Ala Organik Untuk Orang Kaya”, Racun Kimia Bocor Poket VS Racun Organik
Satu dapatan kami, sebenarnya organik lebih murah.
Buktinya, sebab bahan yang sama, akan berkesan untuk banyak serangga.
Berbeza dengan sintetik kimia.
..
Tak percaya?
..
Bandingkan untuk serangga kutu thrip.
Thrip akan terkesan dengan bahan kimia deltamethrin.
Tapi, deltamethrin yang sama kurang berkesan untuk serangan aphids.
Aphids memerlukan bahan aktif seperti imidachlorpid untuk bagi betul-betul berkesan.
..
Juga, kalau anda dah orang lama, berpengalaman tanam berskala besar, mesti anda tahu bahawa kalau kita kawal dengan deltamethrin sebagai contoh.
Pada tahun ini memang menjadi, bawa ke musim depan, tahun depan, 2 tahun lagi, deltamethrin yang sama tidak akan berkesan.
Serangga ini akan membawa tentera baru yang sudah lali dan beradaptasi dengan bahan tersebut.
..
Jadinya, anda perlu guna racun dengan bahan kimia aktif selain deltamethrin.
SELAIN YA.
Ini pastinya kos tinggi. Dah racun sintetik bagus bukan berpuluh bang, beratus.
Kadang RM100, RM150 tak lari.Nak tipu apa lagi?
Serangga bukan satu jenis, ada hama,bena, ulat ratus, ulat buah, ulat kumbang, lain-lain.
Semua ini banyak yang perlu racun dengan bahan kimia aktif sintetik berbeza. Ini kata badan seperti MARDI.
Kalau setiap musim nak kena tambah jenis racun baru, apa cerita ni? Kata berkesan sangat?
..
Organik pula?
Ya, tidak nafi, memang jarang ada racun organik untuk menghapus dan bunuh (ada juga tapi tak banyak), tapi, yang bestnya organik ni.
Jika anda guna bahan A, bahan A akan berkesan sampai kiamat. Musim ni boleh pakai, tahun depan boleh, 5 tahun lagi boleh.
Sebab memang semulajadi begitu Allah cipta.
Cuma, kelemahannya setakat pencegahan dan pengawalan lah.
..
“Yang penting sihat dan jimat”.
Dah kalau satu musim anda guna berbelas racun, 10 tahun lagi boleh ke jamin tiada kesan kat badan?
Terdedah dengan puluhan jenis pewaris aktif berbahaya, tunggu masa jer tu…
…
Masih nak guna kimia? Terserahlah.
Kalau nak belajar organik, follow kami di Facebook Hijau Khidir untuk dapatkan teknik dan keadah organik berkesan.
Slow-slowlah. Kalau negara luar boleh buat pertanian organik berskala besar, siap eksport juta-juta lagi, kena kita tak boleh?
“Habis Berlubang Buah Kena Makan”, Panduan Organik Cegah Lalat Buah | Hijau Khidir
3 years ago[…] DAKWAAN RACUN ORGANIK MAHAL? . Tak betul ini, bahkan jika anda hanya sedikit saja pintar, organik ini tidaklah mahal mana. Ada caranya. Siap kalau jual dipasaran boleh dapat harga mahal lagi sebab guna kaedah pengeluaran secara organik. .. Kami dah tulis kenapa organik lebih murah disini: https://hijaukhidir.com.my/2536/ala-organik-untuk-orang-kaya-racun-kimia-bocor-poket-vs-racun-organi… […]