“Kenapa Anak Benih Saya Lembik Bila Keluar?”, Lecur Anak Benih & Kawalan Organik
Pernah tak anda semai benih, kemudian dia tak jadi?
Ini selalu.
Pernah tak anda semai, jadi bercambah, tiba-tiba batang pangkalnya macam lembik.
..
Baru orang tanya kami soalan ini.
“Kenapa saya semai anak benih bila keluar dia jadi lembik, tak cukup matahari ke?”
..
Boleh jadi, tapi ada beza.
..
“Ini namanya lecur anak benih orang melayu panggil.”
Kadang-kadang orang panggil, reput pangkal, reput batang. Tak kisahlah namanya, lebih kurang sama saja.
Pada mula kami menanam, kami pun confuse. Ingat kes tak cukup matahari. Tapi bukan sebenarnya.
..
Punca reput dan lecur pada pangkal anak benih ini sebenarnya boleh disebabkan beberapa agen seperti Phytium, Fusarium, Phtophora. Nak cerita nama-nama saintifik ni buang masa saja. Senang cakap kulat dan patogen.
..
Anak benih yang sudah terkena reput pangkal ini akan layu dan mati.
..
KAWALAN KULTUR & ORGANIK
.
Dulu kami pergi kursus dia ajar supaya rendam dulu benih dengan racun sintetik tertentu. Lepas ada pengalaman sikit, bagi kami cara ini susah dan leceh. Dahlah tak sihat.
..
Cara paling mudah rawat terus medium semaian dengan mikrobes.
Sebelum dan semasa menyemai.
..
Kalau terkena tu, buang yang terjangkit. Sebab penyakit ini merebak. Pastikan medium tak lembab, punca no 1 sebab medium lembab.
..
Kemudian cari Trichoderma, atau Bacillus. Ini untuk organik lah, racun sintetik, cari sendiri, kami tak tahu.
..
Alternatif selain 2 diatas, boleh juga guna cuka kayu, dan racun bawang. Personally, pengalaman kami lawan bakteria dengan bakteria untuk kesan terbaik.
..
Tepuk dada tanya hati, masih nak guna racun sintetik kimia? Bahaya racun kimia ni, jadi beringat sebelum kena.
..
Kalau nak belajar organik, boleh terus follow kami di Facebook Hijau Khidir untuk dapatkan teknik dan keadah organik berkesan.
..
Slow-slowlah. Kalau negara luar boleh buat pertanian organik berskala besar, siap eksport juta-juta lagi, kena kita tak boleh?
Ringkasan infografik: