“Ada Tak Pilihan Organik Bagi Kuat Akar?” Baja Organik Phosphorus

Ada satu hari, kami dihubungi oleh penanam pokok tin. Jarang orang tanam pokok ini dinegara kita, tapi trend kebelakangan ini banyak yang sudah mula. Pokok-pokok jenis begini, kebayakannya ditanam atas faktor kepuasan diri.

Si penanam maklum kami, “ada tak pilihan organik bagi kuatkan akar?”.

Ada saja, tapi sedia maklum, bab pembajaan bagi konsep organik sukar. Perlu kepelbagaian sumber untuk menjadi, kerana unsur organik sedia maklum rendah.

UNSUR PHOSPHORUS PENGAKARAN

Phosphorus berperanan sebagai sumber macronutrisi utama dalam pengakaran. Pengakaran yang baik akan membantu memudahkan tanaman mentransportasi nutrisi ke seluruh bahagian pokok. Ini penting untuk elak pembaziran baja atau racun berlaku jika akar gagal mengangkut makanan dengan optimum. Phosphorus juga dapat membantu menukar ‘mode’ pokok daripada vegetatif kepada generatif, ini antara penemuan terbaru hasil kajian saintis.

SUMBER ORGANIK PEMBAJAAN PHOSPHORUS

Antara unsur organik yang baik bagi nutrisi phosphorus seperti bone meal, tinja, vermicompost, rock phosphate, guano, dan baja ikan. Pemberian unsur phosphorus ini pasti akan melebat, mecabang dan mengguatkan akar.

Ringkasan infografik:

baja organik phosphorus

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search