1 Punca Lazim Tanaman Menjadi Layu
Penyakit lazim mungkin mengelirukan buat yang tidak mahir.
Ada yang beranggapan sebab tak cukup air.
Bila diberi air, kesannya masih tiada apa-apa. Makin keliru penanam yang tidak tahu.
Ya betul, faktor air mungkin menyebabkan pokok layu, tetapi kes ini sangat jarang. Kerana biasanya tanaman masih boleh mengambil air daripada sumber lain selain yang diberi oleh anda. Cuma, jika kemarau itu lain cerita.
Pada pemerhatian kami, layu sangat lazim berpunca daripada penyakit kulat. Terdapat beberapa variasi penyakit bergantung kepada tanaman apa yang ditanam anda. Kadangkala ianya dipanggil layu bakteria, layu fusarium, layu kanser, moko dan lain-lain.
Namun, puncanya masih sama iaitu serangan kulat terhadap ekosistem tanah didiami pokok. Kulat ini biasanya membiak pada permukaan lembab dan panas. Keadaan musim yang sentiasa hujan akan memudahkan penyakit bervariasi kulat merebak dengan pantas.
Ada yang tanam satu kebun kena penyakit ini. Kesannya, pokok akan layu dan mati lama kelamaan. Ini terjadi kerana faktor sistem transportasi air tidak dapat diakses untuk tanaman. Kulat telah menyerang sistem ini dan menghalang air dari sampai keseluruhan pokok. Itu yang anda beri banyak air pun dia tidak boleh minum.
Rawat penyakit ini bagi yang sudah terkena tiada, peluang sembuh tiada. Baik racun organik mahupun kimia. Yang ada hanya rawat dengan pencegahan. Bermaksud lazimi semburan bersifat kawalan kulat pada medium dan tanaman untuk membina jaringan bakteria baik. Bakteria ini yang akan mendominasi tanaman sekaligus menjaga daripada kulat daripada menyerang. Mudah saja konsepnya.