Bukan Di Cameron? Tiada Masalah Untuk Tanaman Strawberry
Dulu-dulu tanaman ini berada dikelas tersendiri. Lazimnya hanya orang berada saja yang boleh menikmati. Namun tidak kini.
Cepat zaman berubah, banyak makanan yang dianggap elit pada dulunya, kini rakyat kebanyakan juga mampu memiliki.
Mungkin pada masa sekarang Durian sudah mengambil alih posisi tanaman ini.
Tidak menyangkal, tanaman ini lebih mudah untuk ditanam pada suhu rendah seperti di tanah tinggi. Dengan teknologi dan penemuan terbaru banyak tanaman yang dulunya hanya boleh hidup disesetengah tempat sudah mampu hidup dikebanyakan tempat.
Dengan penjagaan yang betul, tepi rumah pun anda boleh tanam tau. Berikut beberapa langkah mudah sebagai pemulaan.
1. Benih
Strawberry mula ditanam dengan benih. Dapatkan saja online banyak.
Guna kaedah semaian, kami dah tulis banyak kali sebelum ini.
..
2. Medium
Oleh kerana tanaman ini suka sejuk, dapatkan medium yang mampu menyimpan air. Campurkan tanah dengan sabut kelapa untuk mencipta komposisi lembab seperti di tanah tinggi.
..
3. Cahaya
Strawberry hanya memerlukan 4 jam sehari cahaya matahari. Elakkan matahari langsung, sebaliknya letakkan ditempat separa teduh.
..
4. Air
Meskipun tanaman ini suka sejuk, tak bermakna perlu siram sampai banjir. Siram 3 hari 1x (sekali) sudah memadai. Siraman berlebihan hanya akan mengundang penyakit kulat dan memasamkan buah yang bakal keluar.
..
5. Pangkas
Daun yang diperlukan hanya 9 helai saja. Selebihnya perlu dibuang. Daun berlebihan akan mengurangkan kuantiti dan bilangan buah.